Exams dah dekatni. Lagi seminggu. Tapi study macam ke lautje. Ni aku stop sekejap *in fact dah lama benor aku rehat*. These past weeks aku macam tak study sangat.
Yang aku takut, bukannya exam
Tapi aku takut sebab aku tak takut exam. Macam mana tu..
Nadhirah, Nadhirah.
Kadang-kadang aku fikir,
Mungkin bila dah masuk uni, dah tak ada saingan. Sebab dah takde orang nak bertanya. Mungkin bila dah masuk uni, aku rasa secure. Tapi, sebenarnya, tak ada satupun yang betul-betul tentu.
But still, that sorts of thinking is still not enough to motivate me.
Mungkin sebab kalini kau sambung belajar mainly bukan guna duit mak ayah, so tak payah study sungguh-sungguh. Macamtu?
Tapi, kau tak fikirke, kalau kau gagal, nanti yang nak kena susah-susah untuk kau siapa?
Mak ayah juga. T.T.
Jadi, berhentilah main main.
Berhentilah daripada asyik angan-angan kosong, tapi usahanya entah ke mana.
You are not the old Nadhirah.
Makin tuani, makin susah sebenarnya nak belajar.
Susah nak belajar dengan hati, bila dalam kepala asyik mengejar nombor.
Even now, bila nak study, aku terlalu concern dengan markah. Aku mesti bila nak study untuk examni, aku letak certain target. Usaha tak seberapa, nak letak target tinggi-tinggi, ingat kau genius
Tapi tulah. Aku nak lari daripada semuatu.
Sebolehnya, aku nak belajar dengan tenang, kalau exampun, aku nak exam dengan gembira, bukan setakat membabi tuli untuk periksa.
Aduh, susahnyalah nak buang tabiat belajar untuk periksani.
Bila exam dah dekat, barulah susah-susah nak buka buku.
Barulah susah-susah nak tulis nota segala bagai.
Barulah susah-susah nak buat past year.
Barulah susah-susah nak jadi statistician, buat statistik past year
Bersempena 2016, berubahlah. Sementara masih boleh berubahni, berubahlah.
Kalau bukan untuk diri endiri, untuk mak ayah :)
Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk rakyat yang dah bayar cukai, yang membolehkan kau untuk sambung belajar.
Sebenarnya, penaja memerlukan sokongan, tapi segan nak berkata dekat orang lain sebab orang lainpun ada masalah juga, orang lain nak exam juga.
Jadinya, penaja kenalah buat pesanan khas untuk diri sendiri XD
Pesanan ini khas dari penaja untuk diri sendiri dan semua yang membaca .
Penaja juga turut meminta maaf kerana menyepi sekian lama. Lol XD
Kalau bukan diri sendiri nak sayang diri sendiri, siapa lagi? Mestilah Allah :)
Selamat tahun baru semua!
Ganbattene!
-NT-